Kawan Super Powerrr Saya =)



TABAHLAH WAHAI SEORANG AISYAH.
INSHALLAH AKAN ADA JALAN UNTUK KAU 😊😊
♥Terima Kasih Daun Keladi , Sudah Baca Tick Tick la♥

Tough



Aku cuba. Cuba sekuat yang mungkin. Sakit. Bukan tak sakit. Tapi aku rasa ada khilaf aku. Ada salah aku sehingga benda ni semua terjadi. Aku cuba utk pupuk diri aku.

REDHA

Aku tak pasti ia pasrah atau redha. Tapi aku sedang mencuba. Tipu aku kata tak sedih. Tipu aku kata aku tak nangis. Tipu aku kata aku tak rasa sensorang. Tapi aku tiada pilihan. Ini sesungguhnya pilihan yang aku ada. Mohon aku tabahkan diri aku.

Sesungguhnya Allah itu sebaik baik perancang. Aku harus dan wajib yakin dengan ketentuan Dia. Semoga apa yang berlaku sekarang adalah cara untuk aku balas jasa mak ayah dulu. Mungkin aku perlu berbakti 7 bulan dahulu sebelum aku teruskan perjuangan aku dalam menuntut ilmu.

InshaAllah.

Moga aisyah terus tabah.

Moga aisyah tidak terus nangis.

Moga aisyah redha. Ataupun pasrah ?

Entah
♥Terima Kasih Daun Keladi , Sudah Baca Tick Tick la♥

Kosong.




UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
SARJANA MUDA SAINS KEPUJIAN(KIMIA)

Saat selautan teman perjuangan bergembira dengan khabar upu , aku terdiam. Mula runsing. Mula resah. Rasa kosong.

Apa yang salah ? Universiti atau course ? Sebab aku takde hati utk dua dua. Bukan. Bukan sebab aku seronok bekerja. Aku penat. Penat bekerja. Cuma khabar berita kali ni tak menjentik pintu gembira aku.

Aku resahq. Tentangan demi tentangan dari mereka. Mereka yg selalu ada untuk aku. Tapi bukan kali ini. Aku buntu. Aku nampak jalan mati cuma. Aku berharap ada sinar di akhir jalan. Semoga hati ini terus sabar. Dan semoga Allah memberi petunjuk untuk aku yg hina.

Semoga hati aku serta hati mereka dilembutkan. Amiin.

Naj
♥Terima Kasih Daun Keladi , Sudah Baca Tick Tick la♥